Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung

Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung - apa itu resdung, cara merawat mengatasi menghilangkan masalah akibat faktor gejala bahaya simptom penyakit tanda-tanda ubat rawatan punca kesan info kesihatan.

Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung

Apa itu resdung ?


Resdung adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah 'Sinus'.

Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid.

Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.

Baca juga : cara merawat demam selesema

Gejala dan tanda tanda resdung

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Baca juga : minyak zaitun mencegah penyakit kronik

Punca resdung terjadi / berlaku

  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, gejala penyakit resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Baca juga : Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung

Cara pencegahan resdung

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik.
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
  • Berhenti merokok.
  • Hindari alkohol.
  • Ambil ubat selesema sebelum berenang/menyelam.
Baca juga : benarkah pengambilan garam memudaratkan kesihatan

Tips petua cara merawat penyakit resdung


Ini adalah cara tradisional untuk merawat resdung, bagi mereka yang geli akan ulat dinasihatkan mencuba rawatan resdung cara moden kerana ulat resdung dan cara rawatan resdung traditional ini saling berkait.

1. Sediakan limau nipis 8 biji.

2. Ambil daun pandan 10 helai, hiris halus macam bunga rampai

3. Perah limau nipis. Gaulkan sampai sebati.

4. Sapukan sedikit di kulit muka untuk memastikan tiada kesan sampingan / alahan pada kulit. (jika tiada boleh sapukan pada seluruh kulit muka)

5. Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Ianya akan banyak keluar melalui kening.

6. Tarik keluar ulat resdung tersebut

7. Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

8. Buat 3 kali seminggu. Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.

Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung - apa itu resdung, cara merawat mengatasi menghilangkan masalah akibat faktor gejala bahaya simptom penyakit tanda-tanda ubat rawatan punca kesan info kesihatan.

0 Response to "Cara merawat & menghilangkan gejala penyakit resdung"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel