Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa
2015-10-22
Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa - Anda pasangan baru berkahwin dan ingin berbulan madu? Baca tips ini, mana tahu ianya akan merubah corak pemikiran anda. Jadikan yang biasa kepada luarbiasa dan bertindak sekarang.
Apa yang bakal dikongsikan ini bukan sahaja ditujukan khas kepada mereka yang baru berkahwin dan ingin berbulan madu tapi juga ditujukan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin dan ingin berbulan madu lagi. Bak kata nenek moyang, makin berusia makin beremosi, semakin beremosi semakin romantik jadinya.
Baca juga : 5 minuman diet paling berkesan
1. Kewangan : Aktiviti bulan madu terpaksa ditangguhkan kerana faktor kewangan. Alasan yang sering diterima adalah duit tidak mencukupi, bila dah cukup duit baru pergi. Persoalannya berapakah nilai matawang bulan madu itu dan perlukah ianya setanding dengan nilai matawang perkahwinan?
Sebagai contoh, bajet perkahwinan adalah sekitar RM15,000 termasuk hantaran, catering dan urusan kahwin yang lain. Adakah kerana anda mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk berkahwin maka anda juga harus mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk berbulan madu? Bulan madu kemana? Eropah, New York, Dubai, Singapore?
2. Idea : Ketandusan idea menyebabkan pasangan yang hendak berbulan madu tidak jadi untuk berbulan madu. Ini disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik dan istimewa yang boleh dijadikan tempat bulan madu, tambahan lagi sikap maolas dalam diri menyukarkan keadaan.
Teknologi makin canggih dan berkembang pesat, hanya dengan sekerat usaha sudah pasti segala informasi yang diperlukan boleh didapati. Itu usaha untuk seorang, jika kedua-dua pasangan berusaha sudah pasti maklumat yang diperlukan amat mudah dan pantas untuk diperolehi.
3. Pengangkutan : Oleh kerana ini bulan madu anda jadi anda mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan setitik peluh pun. Duduk terperap di dalam hotel atau resort. Memanggil teksi untuk pergi ke sesuatu tempat dan sebagainya.
Persoalannya adakah ianya berbaloi dan menguntungkan untuk dilakukan? Anda sudah mengeluarkan sejumlah wang untuk percutian bulan madu dan anda hendak mengeluarkan lagi sejumlah wang disebabkan anda telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan setitik peluh pun?
Ketahui ini : kalendar 2016 - cuti umum dan cuti sekolah di Malaysia
Apa kata anda lupakan niat dan hajat untuk berbulan madu di luar negara dan ikuti tips dan panduan bulan madu yang bahagia ini. Bukankah anda tinggal di Malaysia? Adakah disebabkan anda lahir dan menetap di Malaysia maka anda merasakan bahawa anda sudah puas menjelajah negara ini?
1. Apa kata anda menggunakan keretapi ketika melancong? KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara dari pantai timur ke selatan. Rasai pengalaman ini dan jika anda ke Johor, jangan lupa ke Kluang Kopi Station dan rasai ‘penangan’ kopi tariknya di hentian keretapi Kluang.
2. Apa kata anda & pasangan menjadi ‘backpackers’? ubah gaya percutian dengan mengunjungi negeri-negeri yang mempunyai pulau-pulau mahupun bandar-bandar menarik! Bahkan anda boleh nikmati tempat ‘hotspot’ makan yang sedap-sedap.
3. Mendaki gunung antara perkara yang menarik yang boleh anda lakukan ketika berbulan madu. Anda boleh mencuba ke Gunung Stong, di Kelantan atau di Gunung Kinabalu, Sabah bahkan banyak lagi gunung yang boleh anda dan pasangan pergi mendaki tapi pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan tempat yang ingin anda pergi.
4. Anda suka menyelam? Waktu inilah anda dan pasangan patut luangkan masa bersama ke negeri-negeri yang mempunyai pulau yang cantik untuk menyelam. Antara yang menjadi tarikan para penyelam ialah Pulau Tenggol, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan pelbagai pulau menarik lagi.
Jangan abaikan : kisah benar eskalator meragut nyawa

Kebiasaan aktiviti percutian bulan madu

Renung-renungkan dan selami sedalam-dalamnya dari segi baik dan buruk, untung dan rugi, gembira dan merana. Nikmati kenikmatan dan kepuasan ketika berbulan madu
Ketahui ini : kalendar 2016 - cuti umum dan cuti sekolah di Malaysia
Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa
Apa kata anda lupakan niat dan hajat untuk berbulan madu di luar negara dan ikuti tips dan panduan bulan madu yang bahagia ini. Bukankah anda tinggal di Malaysia? Adakah disebabkan anda lahir dan menetap di Malaysia maka anda merasakan bahawa anda sudah puas menjelajah negara ini?
1. Apa kata anda menggunakan keretapi ketika melancong? KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara dari pantai timur ke selatan. Rasai pengalaman ini dan jika anda ke Johor, jangan lupa ke Kluang Kopi Station dan rasai ‘penangan’ kopi tariknya di hentian keretapi Kluang.
2. Apa kata anda & pasangan menjadi ‘backpackers’? ubah gaya percutian dengan mengunjungi negeri-negeri yang mempunyai pulau-pulau mahupun bandar-bandar menarik! Bahkan anda boleh nikmati tempat ‘hotspot’ makan yang sedap-sedap.
3. Mendaki gunung antara perkara yang menarik yang boleh anda lakukan ketika berbulan madu. Anda boleh mencuba ke Gunung Stong, di Kelantan atau di Gunung Kinabalu, Sabah bahkan banyak lagi gunung yang boleh anda dan pasangan pergi mendaki tapi pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan tempat yang ingin anda pergi.
4. Anda suka menyelam? Waktu inilah anda dan pasangan patut luangkan masa bersama ke negeri-negeri yang mempunyai pulau yang cantik untuk menyelam. Antara yang menjadi tarikan para penyelam ialah Pulau Tenggol, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan pelbagai pulau menarik lagi.
Tepuk dada tanya hati. Lapangkan hati serta minda dan carilah kunci penyelesaiannya. Anda berusaha anda berjaya, ada usaha ada kejayaan.
Jadikan percutian bulan madu anda manis dan mengembirakan, tenang dan bahagia. Oleh itu jauhilah sengsara dan bebanan tekanan. Selamat berbulan madu...