Istiqamah Izreen Azminda

Istiqamah Izreen Azminda - Sesuai dengan tahun baru Maal Hijrah yang disambut semalam, para selebriti juga turut menyimpan azam baru untuk memperbaiki diri dan melakukan penghijrahan.

Baca juga : Insuran Soo Wincci - INWINCCIBLE

Pelakon Izreen Azminda kini juga, menerusi akhbar Sinar Harian memberitahu bahawa dirinya kini sedang dalam proses istiqamah dan masih banyak yang ingin diperbaikinya.

“Jika sebelum ini, walaupun sudah berhijab, ada kalanya pakaian itu masih lagi tidak sesuai dengan imej bertudung, justeru itu yang akan saya lakukan sedikit demi sedikit,” katanya kepada akhbar itu.

Tambah bintang drama bersiri 'Eksperimen Cinta' itu lagi, dia juga berazam untuk memulakan kehidupan baru dan mengelak untuk terpalit dalam sebarang kontroversi.

Baca juga : Hafiz Suip awan nano bakal berkahwin 14 Mei 2016

Izreen juga turut menambah, dia kini sedikit selektif dalam memilih watak untuk dilakonkan.

“Memang tawaran berlakon masih lagi saya terima kerana itu memang kerjaya saya yang saya tidak akan lepaskan walaupun telah berhijab. Kebanyakan lakonan saya, secara perlahan saya sudah mengurangkan adegan bersentuhan seperti berpegangan dan berpelukan.

“Pengarah juga faham dan setiap watak itu boleh diubah mengikut diri kita asalkan penceritaannya tidak lari,” katanya lagi.


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !