kisah benar eskalator meragut nyawa

kisah benar eskalator meragut nyawa - Lagi kemalangan eskalator di China meragut nyawa. Menurut portal berita NetEase, kemalangan terbaru berlaku di sebuah stesen kereta api di Chongqing apabila seorang kanak-kanak terbunuh selepas tersepit di eskalator jam 11 pagi semalam / 8 oct 2015.

Gambar yang dimuat naik di Internet menunjukkan ibu mangsa dan seorang lagi anaknya menangis di sisi mayat kanak-kanak itu.

Baca juga : lelaki maut dilanggar treler bergerak sendiri

Tidak banyak butir mengenai kejadian itu dilaporkan.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan nyaris putus tangan selepas tersepit pada tangga bergerak di sebuah pasar raya, juga di Chongqing. - sumber kisah benar eskalator meragut nyawa

Pada 26 Julai pula, seorang wanita berjaya menyelamatkan anaknya sebelum dia ‘ditelan’ eskalator.

Baca juga : 15 hari bergelap tahun 2015

Dua hari selepas itu, seorang kanak-kanak cedera apabila tangannya tersepit pada jentera itu di Guangxi dan pada 1 Ogos, kaki seorang wanita terpaksa dipotong selepas tersepit pada eskalator di pasar raya di Shanghai. - Agensi

kisah benar eskalator meragut nyawa

0 Response to "kisah benar eskalator meragut nyawa"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel