Punca terjadinya masalah sedu & Cara mengatasinya serta kesan menghidapi sedu

Punca terjadinya masalah sedu & Cara mengatasinya serta kesan menghidapi sedu - Sedu adalah keadaan normal dan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka akan merasakan situasi ini sangat melucukan namun hakikatnya kesakitan dan keperitan akibat sedu ini hanya dirasai dan difahami oleh mereka yang mengalaminya sendiri.

Bak kata pepatah melayu lama suatu masa dulu, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. - Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim Kaum Wanita Wajib Ambil Tahu

Punca terjadinya sedu, Cara mengatasi masalah sedu & Kesan menghidapi sedu

Jika diikut pada petua orang-orang tua dulu kala, sedu disebabkan oleh angin yang menyerang badan ataupun dalam kata lainnya badan terlalu banyak angin. - 5 minuman diet paling berkesan

Akan tetapi, dari sudut sainsnya pula , sedu berpunca dari kekejangan atau pengecutan otot diafragma (myoclonic jerk) secara berulang kali dalam tempoh satu minit disebabkan oleh beberapa faktor.

Keadaan ini akan memaksa anda untuk menyedut udara ke dalam tekak, yang akan tersentuh kotak suar sekaligus tali vokal (vocal cords) akan tertutup secara tiba-tiba dan menghasilkan bunyi “hic”. - Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa

Sedu, secara amnya, pulih dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan, namun banyak petua yang sering digunakan untuk cuba memendekkan tempoh jangka waktu masanya.

Harus diingat, Rawatan perubatan kadang-kadang perlu dalam kes-kes sedu yang kronik.

Punca terjadinya masalah Sedu

  • Pengambilan minuman bergas secara berlebihan.
  • Ketawa terlalu banyak.
  • Merasa terlalu cemas atau panik.
  • Menelan terlalu banyak udara.
  • Menerima kejutan secara mendadak (terkejut).
  • Makan secara gelojoh (lahap).
  • Berasa bimbang atau teruja.
  • Mengambil alkohol berlebihan.
 

Cara mengatasi masalah gejala Sedu

  • Tahan nafas selama beberapa saat secara tenang dan hembus perlahan-lahan.
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu.
  • Bernafas dalam plastik udara.
  • Tenangkan jiwa dan minda.
  • Urut dada perlahan-lahan.
 

Kesan apabila menghidapi Sedu

Jika sedu dihadapi terlalu lama, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kerana dibimbangi terkena gejala sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan dengan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, dan penyakit metabolik yang merosakkan saraf. - cara merawat demam selesema

Selain itu, kandungan paras gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat juga boleh menyebabkan terjadinya sedu. - minyak zaitun mencegah penyakit kronik

Kesimpulan mengenai gejala masalah Sedu

Sedu merupakan kejadian biasa yang terjadi pada seseorang individu. Bagi sebilangan orang, adakalanya sedu ini amat menyakitkan terutamanya bahagian dada dan ulu hati. Terdapat juga mereka yang beranggapan apabila seseorang terkena sedu, bermakna ada individu lain yang tengah mengumpat atau merindui seseorang itu dari jauh.

Apa pun alasannya, Seseorang harus berjumpa dengan doktor jika sedu menjadi kronik dan berterusan, atau jika ia menjejaskan tidur, mengganggu makan, atau menyebabkan refluks makanan atau muntah.Sekiranya sedu berlangsung selama lebih dari 3 jam, berlaku dengan sakit perut yang teruk, demam, sesak nafas, atau muntah, individu tersebut haruslah segera mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor yang bertauliah. - Punca terjadinya masalah sedu & Cara mengatasinya serta kesan menghidapi sedu


0 Response to "Punca terjadinya masalah sedu & Cara mengatasinya serta kesan menghidapi sedu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel