tangguh dapat anak Sharifah Sakinah sambung pelajaran ke New York

tangguh dapat anak Sharifah Sakinah sambung pelajaran ke New York - Pelakon dan pengacara Sharifah Sakinah yang telah bernikah bersama pilihan hatinya, seorang juruterbang Aliff Adha Jamil pada 28 Mac 2014, sehingga kini masih belum mempunyai tanda-tanda telah hamil.

Bertemu dengan Sakinah yang terkenal dengan sikapnya yang gila-gila ini, dia mengakui masih belum hamil dan sebenarnya memang menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini kerana mahu menyambung pelajaran. - sumber tangguh dapat anak Sharifah Sakinah sambung pelajaran ke New York

“Saya nak sambung belajar dalam bidang fitness di New York. InsyaAllah, pada bulan April tahun depan. Program itu akan berlangsung selama tiga bulan. Jadi disebabkan itulah saya tak boleh hamil buat masa ini.

“Memang orang kata, masa belajar pun boleh mengandung tetapi masalahnya saya belajar dalam bidang fitness, jadi terlompat-lompat memang tak sesuailahkan. Lainlah jika saya belajar bidang lain,” jelas Sakinah jujur.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Sakinah bakal muncul sebagai pelakon wanita utama di dalam drama Maria Terindah bersama hero sensasi Shahz Jaszle yang telah ditayangkan di HyppSensasi, HyppTV saluran 116 bermula pada 5 Oktober lalu, setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam.

tangguh dapat anak Sharifah Sakinah sambung pelajaran ke New York


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !