5 minuman diet paling berkesan

5 minuman diet paling berkesan - Info kesihatan, berdiet melalui minuman yang mudah dan berkesan. 5 jenis minuman diet ini boleh didapati dalam kehidupan kita seharian. Tak perlu nak beli di luar daerah, negeri mahupun negara bahkan tak perlu nak beli secara online.

Minuman diet : Merujuk kepada barang cair yang boleh diminum. Hampir semua minuman terdiri daripada air pada sebahagian besarnya. Air adalah penting untuk hidup, dan adalah lebih penting berbanding makanan. Kematian akan terjadi selepas satu minggu tanpa sebarang air tetapi manusia telah diketahui dapat hidup tanpa makanan selama beberapa bulan.

Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minuman ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 minuman diet paling berkesan berikut ke dalam diet anda.

Baca juga : risiko dan keburukan mee segera

5 minuman diet paling berkesan


1. AIR MASAK

Raja segala minuman! Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkabonat kepada meminum air kosong dapat membuang ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan.

Pengambilan air masak yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisma anda bahkan ianya juga dapat mengekalkan keperluan cecair dalam tubuh.

2. JUS SAYUR-SAYURAN

Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yang sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41.

Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

3. SUSU RENDAH LEMAK

Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu menurunkan berat badan.

Pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh. Terdapat pelbagai pilihan produk tenusu di pasaran bahkan berperisa seperti stawberi. Pilihlah perisa buah-buahan dan elakkan memilih seperti perisa coklat dan sebagainya.

Baca juga : nelydia senrose fokus karier berbanding cinta

4. KOPI HITAM

Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana (antara 3-4 cawan sehari) boleh meningkatkan mood, fokus dan tumpuan, selain boleh merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.

Ingat, kopi hitam dan bukannya nescafe / teh tarik. Nescafe secara amnya memiliki 2 produk iaitu nescafe dan kopi dalam balang yang sama. Baca label sebelum membeli dan jadilah pengguna yang bijak.

5. TEH HIJAU

Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebas kalori, beberapa kajian turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merangsang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrien catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut.

Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pagi dan petang, pagi dan malam, pagi dan tengahari...anda tentukan sendiri.

Baca juga : cara unik melindungi kereta dari hujan batu

5 minuman diet paling berkesan

5 minuman diet paling berkesan - Info kesihatan, berdiet melalui minuman yang mudah dan berkesan. 5 jenis minuman diet ini boleh didapati dalam kehidupan kita seharian. Tak perlu nak beli di luar daerah, negeri mahupun negara bahkan tak perlu nak beli secara online.

Betul atau tidak, percaya atau tidak, anda tentukan sendiri..

Ada usaha , ada kejayaan . .


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !