Dhia Sofea

Dhia Sofea - Drama, full episode, tonton, online, download, sinopsis, biodata pelakon.

Karya terbitan Rashbir Media Sdn Bhd arahan Rashid Sibir bakal ditayangkan bermula 14 oktober 2015 di tv3 setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10 malam. Menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan berkarisma seperti Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Syafiq Kyle, Maria Farida, dan Sharifah Haslinda.

Dhia Sofea

sinopsis dhia sofea


Sinopsis dhia sofea - Menceritakan mengenai kepulangan Dhia Sofea yang disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam.

Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim).

Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. - sinopsis drama dhia sofea

Pelakon dhia sofea

  • Amyra Rosli sebagai Dhia Sofea
  • Fadlan Hazim sebagai JJ
  • Syafiq Kyle sebagai Din
  • Maria Farida sebagai Lorena
  • Sharifah Haslinda sebagai Dolly
  • Sasqia Dahuri sebagai Tina
  • Raja Ema sebagai Cik Non
  • Dato Eizlan Yusof sebagai Mahadi
  • Faye Kusairi sebagai Dolly
  • Puteri Octovia sebagai Lorena
  • Norlia Ghani sebagai Mak Yam

Tonton online dhia sofea


Lagu tema / OST : Dhia Sofea
Tajuk : Merindukanmu
Penyanyi : d'Masiv
Link : https://youtu.be/UUKkoDTaNNs

Dhia Sofea - Full episode tonton online boleh di lakukan di website ini Dhia Sofea - Full episode tonton online

0 Response to "Dhia Sofea"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel