Golongan OKU mohon bantuan - #Bajet 2016
2015-10-20
Add Comment
Golongan OKU mohon bantuan - #Bajet 2016 - KUALA LUMPUR: Menjelang Bajet 2016, sebuah keluarga orang kelainan upaya (OKU) di sini memohon agar kerajaan menumpukan perhatian yang lebih kepada golongan tersebut.
Ini berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi dan tekanan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Meskipun mendapat elaun sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun ia tidak mencukupi.
Terkini : Pembentangan bajet 2016 berlangsung 23 Oktober 2015
Alee Bohnah atau dikenali sebagai Hamidun berusia 53 tahun tinggal bersama isteri dan dua anaknya.
Keempat-empat mereka masing-masing menghidapi kelainan upaya yang berbeza.
Kini menjalani kehidupan yang semakin sukar, Hamidun mengakui dia terpaksa ulang-alik ke hospital.
Hamidun mengalami kecacatan mata sejak kecil, isterinya Cik Pora kini lumpuh akibat kemalangan enam tahun lalu manakala dua lagi anaknya mengalami sindrom lembam.
Terkini info kesihatan : benarkah pengambilan garam memudaratkan kesihatan
Pengerusi blok rumah pangsa mereka, Rejab Hashim menyeru kepada orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

"Saya nak ke mana-mana pun susah, kena jalan kaki. Kalau boleh, GST dikurangkan sikit sebab kami tak mampu nak beli barang dapur.
"Gaji pun RM20-RM30 sehari, kerja dari 4 petang sampai 4 pagi. Kadang-kadang makan pun tak cukup. Tambah lagi, isteri saya sakit, kena bawa ke Pulau Pinang untuk rawatan," kata Hamidun ketika ditemui Astro AWANI.
Kini menjalani kehidupan yang semakin sukar, Hamidun mengakui dia terpaksa ulang-alik ke hospital.
Hamidun mengalami kecacatan mata sejak kecil, isterinya Cik Pora kini lumpuh akibat kemalangan enam tahun lalu manakala dua lagi anaknya mengalami sindrom lembam.
Terkini info kesihatan : benarkah pengambilan garam memudaratkan kesihatan
Pengerusi blok rumah pangsa mereka, Rejab Hashim menyeru kepada orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.
"Saya harap ada sesiapa yang boleh tolong hantar anak cik Midun ni pergi sekolah. Kalau tidak anak-anak dia jalan kaki dalam keadaan hujan, panas yang tak tentu. Rugi kalau hari hujan mereka tak pergi ke sekolah," kata Rejab. - astroawani
0 Response to "Golongan OKU mohon bantuan - #Bajet 2016"
Catat Ulasan