RM50000 - Da'i Hamidah Musim Ketiga Terlajak Laris

RM50000 - Da'i Hamidah Musim Ketiga Terlajak Laris - Sekalung tahniah diucapkan kepada juara program realiti keagamaan, 'Da'i' musim ketiga, Da'i Hamidah yang telah menyandang gelaran itu di pentas akhir, semalam.

Berentap dengan dua lagi peserta akhir iaitu Da'i Fuad dan Da'i Hidayu, Hamidah nampaknya punya kekuatan tersendiri dalam menyampaikan dakwah.

RM50000 - Da'i Hamidah Musim Ketiga Terlajak Laris

Bergelar juara, Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi, pakej umrah dan saham PNB.

Baca juga : 'breastfeeding' - kelebihan tips cara penyusuan susu ibu

Hamidah yang juga berjaya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 85.9 peratus turut dipilih sebagai Da'i Pilihan D'Herbs dan membawa pulang trofi serta iPad.

Dua lagi peserta iaitu Fuad dan Hidayu tidak pulang dengan tangan kosong dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 serta hadiah iringan.

Baca juga : tutorial caraa cek broken link blog

Pada pentas akhir semalam, ketiga-tiga peserta diuji menerusi dua segmen. Pada segmen pertama, para peserta diberi masa selama lima minit untuk menyampaikan tazkirah berdasarkan topik pilihan masing-masing.

Pada segmen kedua pula, ketiga-tiga mereka diuji dengan lima soalan Imtihan yang diajukan oleh juri-juri profesional dan seterusnya, menjawab soalan huraian yang diajukan oleh para penonton secara rawak selama tiga minit.

Barisan juri yang memberikan kritikan membina terdiri daripada dua juri tetap iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie manakala Ustaz Badli Shah Alaudin selaku juri jemputan.

Baca juga : risiko dan keburukan mee segera

Selain daripada itu, kerusi juri awam pula dibarisi oleh beberapa selebriti terkemuka tanah air iaitu Erra Fazira, Dari Seri Umie Aida, Memey Suhaiza, Aida Gadis Melayu, Da'i Adibah, Norman Hakim, Syafiq Kyle, Saiful Nizam dan Da'i Farhan.

Da'i musim ketiga yang diacarakan oleh Datuk Rosyam Nor ini dibawakan secara eksklusif oleh Produk D'Herbs Holdings Sdn Bhd - Terlajak laris selaku penaja utama.

0 Response to "RM50000 - Da'i Hamidah Musim Ketiga Terlajak Laris"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel