Hafiz Suip & Nureffy Jasreel Abdullah bakal berkahwin 14 MEI 2016

Hafiz Suip & Nureffy Jasreel Abdullah bakal berkahwin 14 MEI 2016 - Sebelum ini, Hafiz pernah memaklumkan mengenai majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada tahun hadapan, hanya bakal diadakan di Kuching Sarawak.

Terbaru, menerusi akhbar Harian Metro, pelantun lagu 'Awan Nano' itu memaklumkan bahawa dia dan tunang, Nureffy Jasreel Abdullah bakal diijabkabulkan pada 14 Mei tahun hadapan.

Seperti yang pernah diberitahu, tujuan Hafiz mengadakan majlis perkahwinan di Kuching adalah bagi memudahkan sanak saudaranya untuk bertandang ke majlisnya.

Hafiz Suip & Nureffy Jasreel Abdullah bakal berkahwin 14 MEI 2016

Namun begitu ada ura-ura yang mengatakan bahawa Hafiz ingin mengelak daripada diserbu oleh peminat. Benarkah?

“Tak terfikir pun mahu lari daripada peminat. Saya cuma mahu memudahkan sanak-saudara hadir ke majlis kami. Jika diadakan di Kuala Lumpur, pasti ramai tidak datang. Pada keesokan harinya baru majlis bertandang di tempat saya," tambahnya lagi kepada akhbar tersebut.

Tambah Hafiz lagi, jika tiada sebarang halangan, dia akan turut mengadakan sebuah lagi majlis persandingan di Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada teman-teman yang tidak dapat hadir ke Sarawak, untuk sama-sama meraikan hari bahagianya.

Kepada Hafiz dan Effy, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

0 Response to "Hafiz Suip & Nureffy Jasreel Abdullah bakal berkahwin 14 MEI 2016"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel