Thomas Cook - Jeritan penumpang agar pesawat dinaiki terhempas

Thomas Cook - Jeritan penumpang agar pesawat dinaiki terhempas - SEORANG penumpang mabuk ditahan oleh pihak berkuasa kerana menjerit dengan mengharapkan agar pesawat yang dinaikinya akan ‘terhempas’ dalam penerbangan dari United Kingdom. Portal Mail Online pada Sabtu melaporkan bahawa semasa kejadian berlaku, pesawat Thomas Cook bagi penerbangan TCX175 dari Lapangan Terbang Cayo Coco di Cuba ke Manchester sedang dibawa ke landasan untuk persediaan pelepasan.

Baca juga : Kenaikan pencen pesara GLC naik RM750 - #bajet tahunan 2016

Juruterbang kemudiannya memutuskan supaya pesawat kembali ke terminal dan menghubungi polis. Wanita berkenaan dipercayai ditahan oleh pihak berkuasa Cuba. Memetik akhbar The Manchester Evening News, wanita tersebut didakwa menjerit “Saya harap anda terhempas” sehingga mengejutkan para penumpang dan anak kapal.

Ketahui tips hebat ini : Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa

Salah seorang penumpang, David Maddison-Lee, 50, yang bercakap kepada akhbar itu berkata: “Kami baharu sahaja duduk di tempat masing-masing. Pesawat penuh dengan penumpang dan ramai yang mahu pulang ke tanah air selepas menikmati percutian keluarga.

“Secara tiba-tiba, seorang wanita memaki dan menyumpah seranah dan bertindak ganas. Dia sangat lantang.” Lelaki tersebut turut mendakwa wanita berkenaan telah mengambil minuman beralkohol sebelum pelepasan. Malah, wanita itu, bertanyakan kepada anak kapal mengapa dia tidak dihidangkan dengan minuman alkohol dalam penerbangan pulang ke United Kingdom.

Berikutan insiden tersebut, penerbangan ditunda lebih sejam. Pesawat Airbus A330-200 tiba lewat di Lapangan Terbang Manchester. Seorang jurucakap bagi Thomas Cook memberitahu MailOnline: Keselamatan merupakan keutamaan tertinggi kami, oleh itu kapten juruterbang memutuskan bahawa penumpang mabuk dan menimbulkan kekacauan itu perlu dikeluarkan dari pesawat sebelum pelepasan. – Mail Online

Jangan abaikan : Cara mitos melajukan loading blog tahap maksimum
Thomas Cook - Jeritan penumpang agar pesawat dinaiki terhempas 4.5 5 2,015 person Thomas Cook - Jeritan penumpang agar pesawat dinaiki terhempas pesawat thomas cook terhempas mh17 mh370 Thomas Cook - Jeritan penumpang agar pesawat dinaiki terhempas - SEORANG penumpang mabuk ditahan oleh pihak berkuasa kerana menjerit dengan...

. ,

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am Encik Butod a.k.a Scacuncristina, a part-time blogger from Sabah. Founder and Author of scacuncristina. Sharing about sinopsis drama, biodata pelakon drama, info kesihatan, tutorial blogspot malaysia, cerita artis malaysia, berita terkini, thesis seo fast loading valid html5 blogger friendly and personal things. You can subscribe me on G+ @ Encik Butod .

Tiada ulasan

Catat Ulasan

babab
.....