Haziq Rosebi & isteri Maisarah sidki bulan madu di bali
2015-10-09
Add Comment
Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri Maisarah Sidki - Siapa sahaja yang tidak sukakan agenda bercuti, lebih-lebih lagi apabila percutian itu adalah sesi berbulan madu, selepas rasmi bergelar suami isteri.
Menerusi akaun Instagram penyanyi bernama Haziq Rosebi ini, dia berkongsi beberapa fotonya bersama isteri, Maisarah Sidki yang telah bercuti di Bali, Indonesia pada 14 hingga 17 September lalu.
Tambah penyanyi bersuara klasik ini lagi, pakej percutian bulan madu ini digelar sebagai 'Fantastic Honeymoon' yang turut merangkumi aktiviti seperti spa, pemandu pelancong dan lawatan ke tempat-tempat menarik.
Untuk rekod, pasangan ini telah sah diijabkabulkan pada 11 September lalu dan telah mengadakan majlis resepsi pada 12 September.
Ditanya mengenai pengalaman manisnya sepanjang berbulan madu, Haziq memberitahu bahawa dia sangat teruja apabila berpeluang makan malam dan berlayar di atas bot persiaran pada malam kedua.
Pasangan pengantin baru itu telah meluangkan masa bersama untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar pulau pelancongan bertaraf antarabangsa itu. Antara tempat yang telah dilawati oleh mereka adalah Pantai Pandawa Nusa Dua, Turtle Island, serta Tanah Lot. - sumber gambar bulan madu Haziq Rosebi & isteri Maisarah Sidki

Percutian selama empat hari tiga malam ini ditaja sepenuhnya oleh Jet World Tour & Travel Sdn Bhd. Sebenarnya, agensi pelancongan ini dimiliki oleh salah seorang saudara mara saya.
Selepas berbincang, saya dan isteri memilih Bali kerana dekat dengan Malaysia dan mudah memandangkan saya juga sibuk dengan jadual persembahan.
Tambah penyanyi bersuara klasik ini lagi, pakej percutian bulan madu ini digelar sebagai 'Fantastic Honeymoon' yang turut merangkumi aktiviti seperti spa, pemandu pelancong dan lawatan ke tempat-tempat menarik.
Semuanya lengkap. Saya dan isteri hanya bawa sedikit wang untuk berbelanja membeli barangan cenderahati kerana makan minum dan tempat tinggal memang termasuk dalam pakej tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini telah sah diijabkabulkan pada 11 September lalu dan telah mengadakan majlis resepsi pada 12 September.
Ditanya mengenai pengalaman manisnya sepanjang berbulan madu, Haziq memberitahu bahawa dia sangat teruja apabila berpeluang makan malam dan berlayar di atas bot persiaran pada malam kedua.
Pasangan pengantin baru itu telah meluangkan masa bersama untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar pulau pelancongan bertaraf antarabangsa itu. Antara tempat yang telah dilawati oleh mereka adalah Pantai Pandawa Nusa Dua, Turtle Island, serta Tanah Lot. - sumber gambar bulan madu Haziq Rosebi & isteri Maisarah Sidki
0 Response to "Haziq Rosebi & isteri Maisarah sidki bulan madu di bali"
Catat Ulasan