Maya Karin kini mencari cinta sejati


Maya Karin kini mencari cinta sejati - Berita baik buat para jejaka kerana pelakon, Maya Karin baru-baru ini telah mengumumkan mengenai kesediaannya untuk kembali berpasangan. Menerusi Berita Harian, bintang 'Jwanita' itu membuat pengakuan bahawa hatinya kini telah terbuka untuk didampingi semula.

Menurut Maya, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya. Walaubagaimanapun, dia sendiri belum menemui seorang jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwanya.

Tambah Maya lagi, dia tidak mahu digelar sebagai terhegeh-hegeh dalam mencari cinta. Pengalamannya sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati. Kata Maya lagi, walaupun ada yang cuba mendampinginya, dia tidak tahu sama ada orang itu ikhlas atau tidak.

"InsyaAllah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya," kata pelakon yang juga seorang penyanyi itu. Kepada Maya, semoga dipertemukan dengan jodoh yang boleh membahagiakan.

Maya Karin kini mencari cinta sejati

0 Response to "Maya Karin kini mencari cinta sejati"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel