Instagram - Jasmin Hamid 'ban' pengikutnya

Instagram - Jasmin Hamid 'ban' pengikutnya - Setiap kali menonton drama atau filem lakonannya, mata kami memang tidak berkelip. Walaupun kini mencecah usia 42 tahun, aktres bernama Jasmin Hamid ini tidak pernah mengecewakan penonton dalam menjiwai setiap watak lakonannya.

Namun begitu, baru-baru ini, sedikit kontroversi terpalit kepada Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, apabila laman Instagramnya menjadi tempat di mana para pengikutnya, mempertikai mengenai imejnya yang masih tidak kena dengan usia.

Memetik kata-katanya di Sinar Harian, Jasmin mengakui bahawa dirinya kerap ditanya mengenai dirinya yang masih belum berhijab, sedangkan ramai rakan-rakan seangkatannya kini mula berhijrah.

Baca juga : kisah benar eskalator meragut nyawa

Dia tidak pernah menolak untuk berubah dan berhijab, walaubagaimanapun sedikit kecewa apabila para pengikut di Instagram menegur dengan keterlaluan dan terlalu negatif.

“Apabila teguran itu keterlaluan, pengikut yang sama memberi mesej pula pada ruangan peribadi, itu menyebabkan saya tidak suka dan ia akan berlarutan. Jika nak tegur atau nasihat, nasihatlah secara baik,” katanya kepada akhbar itu.

Untuk mengelakkan dirinya sendiri serabut dengan komen-komen negatif yang mungkin akan memberikan kesan kepada fokus kerjayanya, Jasmin mengambil jalan untuk menyekat mereka yang sering menghentamnya.

Baca juga : PM terima 3000 pelarian syria

Jasmin kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 'Lara Terindah' yang kini sedang ditayangkan di TV9. Selain Jasmin, antara pelakon yang membintangi drama tersebut adalah Nelydia Senrose.

“Selepas habis penggambaran drama itu, saya akan mula dengan penggambaran lain pula. Alhamdulillah masih ada rezeki berlakon,” katanya.


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !