Komen Aliff Syukri - Rating Da'i Musim Ketiga Terlajak Laris

Komen Aliff Syukri - Rating Da'i Musim Ketiga Terlajak Laris - Masih lagi berkisar mengenai program 'Da'i' yang telah melabuhkan tirainya semalam. Kali ini, mengenai penaja utamanya, siapa lagi kalau bukan pengasas dan Pengarah Urusan D'Herbs Holdings Sdn Bhd, Dato' Aliff Syukri.

Komen Aliff Syukri - Rating Da'i Musim Ketiga Terlajak Laris

Baca juga : Juara da'i musim 3 - Da'i Hamidah

Dalam pada banyak produk kecantikan dan kesihatan berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama program berunsur hiburan, D'Herbs nampaknya memilih untuk menaja sebuah rancangan keagamaan. Apa kata Dato' Aliff?

"Alhamdulillah. Saya pun tidak menjangkakan feedback sebagus ini. Rating program 'Da'i' juga nampaknya memang tinggi. Ini rezeki buat saya," ucap Dato' Aliff yang lebih mesra terkenal dengan trademark 'Terlajak laris' itu.

Menurutnya lagi, ini merupakan salah satu percubaannya dalam penajaan program realiti.

"Apa yang boleh saya katakan, saya cuma try and adjust dan saya berpuas hati dengan respon penonton untuk program 'Da'i' ini," tambahnya lagi.

Baca juga : Dhia Sofea - Drama full episode tonton online

Semoga selepas ini lebih banyak lagi produk-produk daripada jenama terkemuka yang sudi menaja program berunsur keagamaan kerana penerimaan penonton yang semakin positif.


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !