Jutawan Kosmetik Jadi Penyanyi Kini Tular 2017


Dato Seri Vida Jutawan Kosmetik Jadi Penyanyi Kini Tular 2017

Dato Seri Vida Jutawan Kosmetik Jadi Penyanyi Kini Tular 2017

Sumber dari mStar Online mengatakan, setelah berjaya mencipta nama sebagai jutawan kosmetik, impian pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai.

Datuk Vida - Frozen crown RM100K, 46, yang tampil dengan single pertama berjudul I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim kini bersedia menerima cabaran baharu sebagai anak seni.

Selepas ini saya nak dikenali sebagai anak seni pula. Hasrat untuk menyanyi saya sudah simpan sejak dua tahun lalu tapi tak berkesempatan untuk lakukannya.

Saya rasa tahun ini sangat sesuai untuk mengeluarkan single I Am Me," katanya kepada mStar Online.

Vida ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu berkenaan di Studio 16, Petaling Jaya pada Selasa.

Vida perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan 'mood' dansa.

Sementara itu, Vida berkata, dia juga sudah bersedia untuk menerima undangan nyanyian di mana-mana acara hiburan atau korporat.

Garam & Kesihatan - benarkah pengambilan garam memudaratkan kesihatan

"Mana tahu selepas ini ada yang berminat untuk panggil menyanyi, saya okey saja," katanya.

Dia berharap lagu pertamanya itu bakal mendapat perhatian bukan sahaja di negara ini, malah di serata dunia.

Dia yakin, lagu berentak rancak itu bakal menjadi tular di laman sosial dan mendapat perhatian meluas.

"Saya ada memberi idea dalam lirik lagu itu. Konsep dan genre pun saya pilih mengikut kesesuaian dengan apa yang pendengar mahukan.

"Saya juga yakin lagu I Am Me mampu menjadi tular kerana rentak muziknya sangat menarik," ujarnya.

Single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.[mStar]

0 Response to "Jutawan Kosmetik Jadi Penyanyi Kini Tular 2017"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel