Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ?

Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ? - MENGIMBAS kembali kisah empat tahun lalu, Hafiz dan Adira pernah melalui fasa bahagia sebagai pasangan kekasih. Tetapi semua itu hanya lipatan sejarah buat kedua-dua penyanyi muda ini.

Adira & Hafiz kini kembali berhubungan

Masing-masing telah membawa haluan sendiri. Hafiz, 25, kini sudah bergelar tunangan kepada Nureffy Jasreel Abdullah, manakala, Adira, 23, pula sedang mengecap bahagia dengan teman lelakinya, Shahrul Nasrun Kamaruddin.

Baca juga : Hafiz Suip & Nureffy Jasreel Abdullah bakal berkahwin 14 MEI 2016

Apa yang menarik, kedua-duanya dipertemukan semula dalam sebuah lagu Untuk Cinta ciptaan Zaidi Abd. Rahman. Sebelum ini, Hafiz dan Adira pernah bekerjasama menerusi lagu Ombak Rindu yang telah mencetuskan fenomena.

Ditemui semasa penggambaran klip video lagu tersebut di Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini, kedua-duanya sudi meluahkan rasa untuk lagu itu. Untuk pengetahuan, lagu tersebut merupakan lagu tema untuk filem terbaharu arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan pada 30 April depan.

Gempar + menarik : Datuk Vida - Frozen crown RM100K

Kalian pernah mempunyai hubungan erat sebelum ini, sekarang boleh kongsikan perasaan apabila digandingkan semula dalam lagu?

HAFIZ : Gembira sangat sebab sudah lebih tiga tahun kami tidak menjalinkan kerjasama menerusi lagu selepas Ombak Rindu. Sebenarnya rindu untuk bekerja dengan Adira.

ADIRA : Saya juga begitu. Saya teruja apabila diberi tawaran untuk bekerja dengan Hafiz semula dan tidak menolak. Melihat kepada kejayaan yang dicapai dalam Ombak Rindu, saya pasti lagu ini juga mengubati rindu peminat kepada gandingan kami.

Tiada masalah ke jumpa kembali, memandangkan kalian kini punya kehidupan sendiri?

HAFIZ : Jangan ungkit cerita lama. Ini bukan masanya. Dalam kelompok industri hiburan yang agak kecil ini, saya perlu bersikap profesional. Selain itu, saya harus sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

ADIRA : Begitu juga saya, profesional adalah kunci untuk kami kembali bersama. Saya tidak mahu fikir benda yang lain. Apa yang saya tahu, kami akan buat sehabis baik untuk lagu ini. Lagipun, Hafiz adalah rakan duet yang sangat senang untuk bekerja. Dia banyak membantu.

Apa pula pandangan pasangan masing-masing tentang gandingan ini?

HAFIZ : Tunang saya sangat memahami rutin harian saya sebagai penyanyi. Buat apa dia mahu terasa atau marah? Dia tahu saya dan Adira masih berkawan kerana kerja. Tadi, saya mahu bawa dia (tunang) tapi dia menolak. Dia tidak mahu menganggu saya bekerja.

ADIRA : Kekasih saya? Oh, dia sangat memahami, tiada masalah. Saya sudah memaklumkan kepadanya tentang kerjasama terbaharu saya dengan Hafiz. Dia sangat gembira. Kami masih boleh bekerjasama. Apabila tiba soal kerja, saya sentiasa komited dan dia faham.

Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan memandangkan sekarang keadaan kesihatan Hafiz tidak mengizinkan?

HAFIZ : Semuanya tidak terjejas. Saya mengikat pertunangan ini selama setahun kerana mahu memberi laluan kepada tunang untuk menghabiskan pengajiannya. Tentang kesihatan, memang saya perlu menjalani rawatan sebanyak enam kali sebulan tetapi tidak menggunakan alasan untuk mengabaikan kerja yang lain.

Cuma, doktor menasihatkan saya supaya tidak melakukan kerja berat dan perlu berehat. Nasib saya baik kerana cepat melakukan fisioterapi. Kalau tidak, doktor memberitahu kemungkinan saya lumpuh atau pulih. Sekarang, saya perlu menjaga berat badan yang ideal.

Adira pula macam mana dengan hubungan dan apakah perasaan bila Hafiz sudah bertunang 27 Februari lalu?

ADIRA : Tidak ada apa-apa saya boleh kongsikan tentang hubungan saya bersama Shahrul. Saya berasa bangga dan gembira kerana Hafiz telah bertemu dengan gadis yang sesuai untuk dijadikan teman hidupnya. Saya juga doakan agar persiapan perkahwinan mereka berjalan lancar dan hubungan tersebut kekal sehingga bila-bila.

Apa istimewanya tentang lagu ini?

HAFIZ : Lagu ini saya boleh rumuskan mirip dengan lagu Ombak Rindu. Jika mahu dibandingkan soal penghayatan dan rasa, lagu Untuk Cinta boleh disifatkan mempunyai persamaan dengan Ombak Rindu. Karya ini lebih mudah untuk dirakamkan kerana saya masih menggunakan cara dan lenggok yang sama sewaktu merakamkan Ombak Rindu dahulu.

ADIRA : Kami sudah memahami cara dan gaya nyanyian masing-masing. Ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan untuk merakamkan single baharu ini. Lagipun, rakaman Untuk Cinta dilakukan dengan cukup teliti bagi mendapatkan hasil akhir yang terbaik. Bagi saya, kedua-dua lagu itu mempunyai kekuatan dan keunikannya tersendiri.

Jangan abaikan : Bulan madu - Ubah gaya dan bajet kepada luarbiasa

Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ? - UtusanOnline
Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ? 4.5 5 2,015 person Adira & Hafiz kini kembali berhubungan lagu untuk cinta ciptaan zaidi abd rahman, adira berkekasih shahrul nasrun kamaruddin hafiz bertunangan nureffy jasreel abdullah. Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ? - MENGIMBAS kembali kisah empat tahun lalu, Hafiz dan Adira pernah melalui fasa bahagia sebag...

. ,

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am Encik Butod a.k.a Scacuncristina, a part-time blogger from Sabah. Founder and Author of scacuncristina. Sharing about sinopsis drama, biodata pelakon drama, info kesihatan, tutorial blogspot malaysia, cerita artis malaysia, berita terkini, thesis seo fast loading valid html5 blogger friendly and personal things. You can subscribe me on G+ @ Encik Butod .

Tiada ulasan

Catat Ulasan

babab
.....