Arja Lee tetap berusaha jadi penyanyi

Arja Lee tetap berusaha jadi penyanyi - Biarpun percubaan sulungnya dalam nyanyian kurang menjadi, pelakon Arja Lee, 32, tidak pernah sesekali menyerah kalah.

Pada dasarnya, lagu berjudul Cerita Pada Mereka yang dilancarkan tahun lalu itu diterima baik khususnya dalam kalangan peminat Arja.

Bagaimanapun, lagu balada itu tidak mampu pergi jauh kerana dikatakan kurang mendapat sokongan stesen radio.

Baca juga : musang rempuh sekolah menimbulkan panik

Apapun, semua itu bukan alasan buat pemilik nama sebenar Azharudin Ramli untuk putus asa, malah dia mahu terus menerokai cabang nyanyian yang menjadi cinta pertamanya dalam bidang seni sejak dulu.

“Saya tidak nafikan ada benda yang tidak betul berlaku ketika kemunculan single pertama itu. Lagu itu diterima baik peminat cuma hayatnya dimainkan di stesen radio tidak lama.

“Selepas sebulan dimainkan di radio, ia tidak dimainkan lagi. Saya tak kisah dan ia pengalaman untuk saya. Saya tetap mencuba dan tidak pernah berputus asa untuk meneruskan cinta saya dalam nyanyian,” katanya yang kini popular dalam drama Plan Cinta Tak Jadi di Astro Ria. - sumber Arja Lee tetap berusaha jadi penyanyi

Arja mengakui, atas semangat dan objektif untuk terus mencuba, dia berjaya menyiapkan lagu kedua ciptaan dan terbitan penyanyi Asfan berjudul Bintang Malam.

“Daripada lagu pertama Cerita Pada Mereka, saya terkesan apabila menerima terlalu banyak komen dan kritikan yang mendakwa cara nyanyian kedengaran seperti Anuar Zain.

“Apabila terlalu ramai yang mempertikaikan begitu, lama-kelamaan saya jadi bosan dan rimas. Maka untuk lagu kedua Bintang Malam ini saya memang tampil berbeza dalam segenap aspek termasuk gaya nyanyian dan susunan muzik,” katanya.

Katanya, untuk Bintang Malam yang didasari genre balada rock moden itu, peminat akan menikmati nyanyian dan muzik yang berbeza.

Baca juga : cara unik melindungi kereta dari hujan batu

“Saya berani jamin kali ini lagu dan gaya nyanyian memang berbeza. Ia menonjolkan identiti sebenar saya sebagai penyanyi. Insya-Allah ia bakal dilancarkan bulan depan,” katanya.

Bercerita mengenai filem terbaru lakonannya Rembat yang mula ditayangkan kelmarin, Arja berkata, pengalaman melakonkan babak bermain bola sepak sesuatu yang manis.

“Bayangkanlah saya ini jenis kaki bangku. Untuk babak dalam filem itu adalah yang pertama kali saya bermain bola sepak.

“Kali terakhir saya main bola sepak ketika di tingkatan lima iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

“Jadi apabila kena menjayakan watak Rosman yang handal bermain bola sepak, ia memang mencabar, tapi menyeronokkan sebab saya kena berlatih dengan anak buah di Taman Tasik Titiwangsa sebelum ke lokasi penggambaran,” katanya.

Arja Lee tetap berusaha jadi penyanyi

0 Response to "Arja Lee tetap berusaha jadi penyanyi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel