Hello mr perfect

Hello Mr Perfect - Drama, full episode, tonton, online, download, sinopsis, biodata pelakon.

Karya terbitan A Aida Production Sdn Bhd arahan Nuad Hj. Othman merupakan hasil adaptasi novel hello mr perfect karya Waniey Zakaria. Menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dan berkarisma, sudah pasti hasilnya nanti cukup memuaskan. Pelakon utama drama ini ialah Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies.

hello mr perfect

Sinopsis hello mr perfect


Sinopsis hello mr perfect - Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan.

Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai.

Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini.

Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra.

Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu.

Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain?

Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Tak puas hati baca sinopsis hello mr perfect , apa lagi layan la drama dekat tv tue..

Pelakon hello mr perfect

  • Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
  • Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
  • Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
  • Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
  • Azlan Mokhtar sebagai Rahim
  • Mimi Ernida sebagai Lina
  • Nafiez Zaidi sebagai Azizi
  • Keena Mentor sebagai Hana
  • Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
  • Kay Maria sebagai Mak Temah
  • Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
  • Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
  • Chomel Fana sebagai Amani
  • Ammar Alfian sebagai Aizat

Tonton online Hello Mr Perfect


Hello Mr Perfect - Full episode tonton online boleh di lakukan di website ini Hello Mr Perfect - Full episode tonton online

Lagu tema / OST : Hello Mr Perfect
Tajuk : Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi : Nomad
Ciptaan/Lirik : A.Aida
Nova Music Sdn Bhd
Link : https://youtu.be/UUKkoDTaNNs


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !