Ada Apa Dengan Johor & Tarikh 14 OGOS 2017


Ada apa dengan Johor & tarikh 14 OGOS 2017 | Acara istiadat pernikahan Tunku Tun Aminah bersama Dennis Muhammad Abdullah kini trending tular 2017

isteri dennis muhammad abdullah tunku tun aminah

Satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, akan mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos 2017.

Menurut laporan dari Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.

Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.

“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.
Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.

BIODATA TUNKU TUN AMINAH

Tunku Aminah dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai Tunku Inah.

BIODATA DENNIS MUHAMMAD ABDULLAH

Dennis dilahirkan di Lisse, Belanda dan memeluk masuk Islam pada 31 Mei 2015. Ada sumber yang mengatakan jejaka pilihan hati Tunku Aminah ini merupakan seorang model yang popular di negara kelahirannya.

Anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Dipetik dari laporan Kosmo, selain gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Cafe dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

suami tunku tun aminah dennis muhammad abdullah

Sedikit petikan dari Harian Metro :

PUTERI Tunggal Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, bakal melangsungkan pernikahannya dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

"Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.

"Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah," katanya.

Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.


Most Vote! - Artikel Pilihan Pembaca | Sensasi lagi Hangat !