Nelydia Senrose fokus karier berbanding cinta

Nelydia Senrose fokus karier berbanding cinta - Dalam pada ramai yang berbicara mengenai hubungan cinta di antara Nelydia Senrose dan Qi Razali, pelakon wanita itu nampanya lebih selesa bersendirian.

Menurut Nelydia menerusi Kosmo!, dia mengakui bahawa dirinya kini sedang memberikan fokus sepenuhnya kepada lakonan dan tidak mahu tertumpu kepada percintaan.

Baca juga : dugaan dalam hidup tasha shilla

Nelydia memberitahu bahawa, dia ingin membuat keluarganya berbangga dengan pencapaiannya dalam karier lakonan.

Selain daripada itu, adik kepada Uqasha Senrose ini juga turut memohon supaya dia diberi peluang dan ruang untuk memberikan fokus kepada diri sendiri.

Baca juga : maya karin mencari cinta sejati

"Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting, sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dahulu," katanya yang menafikan seorang yang pentingkan diri, tetapi tidak mahu diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Semoga perjalanan karier Nelydia berjalan dengan lancar, dan sekiranya ada cinta yang muncul, kongsikan bersama para peminat.

0 Response to "Nelydia Senrose fokus karier berbanding cinta"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel