Fara Mendoza berciuman penyanyi baru Zwenstar

Fara Mendoza berciuman penyanyi baru Zwenstar - Pelakon Fara Mendoza menafikan yang dia bercium dengan penyanyi baharu Zwenstar sewaktu menjalani penggambaran klip video penyanyi berkenaan di Putrajaya, baru-baru ini.

Trending kini : Adira & Hafiz kini kembali berhubungan ?

Fara, 25, ketika dihubungi menjelaskan, memang ada adegan berpeluk dengan penyanyi lagu ‘Ku Tahu’ itu tetapi tidak ada babak bercium seperti yang dipaparkan di Instagram yang menggunakan nama akaun miss_kepoh1 hari ini.

“Saya tak tahu apa tujuan individu itu memuatkan foto saya sebegitu dengan kapsyen (keterangan gambar) yang menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Penggambaran itu dilakukan di sebuah taman terbuka yang ramai orang lalu lalang di situ, tak mungkin saya melakukan perkara sebodoh itu,” katanya.

Fara berkata, dia masih tahu batasan sebagai penganut agama Islam dan berpendapat gambar itu diambil secara curi menggunakan telefon bimbit.

“Satu saja saya pinta, tolong tunjukkan bukti kalau benar saya melakukan perkara seperti yang didakwa oleh orang itu. Saya juga sedang menyiasat perkara ini dengan pihak produksi untuk mengetahui macam mana perkara ini boleh berlaku.

“Kalau saya dapat selesaikan masalah ini dan tahu siapa yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto itu, saya pasti akan mengambil tindakan,” katanya tegas.

Fara atau nama sebenarnya Noor Faralina Md. Yunus berkata, dia menerima tawaran menjadi gadis klip video untuk lagu ‘Ku Tahu’ dendangan Zwenstar daripada juru solek Epie Temerloh.

Baca juga : Datuk Vida - Frozen crown RM100K

“Saya memang kenal Epie dan bila dia tanya mahu tak muncul dalam klip video Zwenstar, saya setuju kerana kagum dengan Zwenstar sebab dia yang cipta dan tulis lirik. Lagu itu memang ada jalan cerita dan diarah oleh produksi, Fuyyoo Pictures.

“Penggambaran dilakukan selama tiga hari dan terasa seperti berlakon drama pula. Saya mula menjalani penggambaran sehari selepas kemalangan iaitu pada 17 Oktober lalu. Saya selesa berlakon dalam klip video itu dan yang pasti tidak ada adegan bercumbu seperti yang didakwa oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Drama tonton online : Dhia Sofea & Hello mr perfect + Keluarga Pontimau

Tegas Fara, dia memang terkilan dengan fitnah yang disebarkan dan yakin individu yang tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu memalukannya, tambahan pula sebelum ini namanya sering dikaitkan dengan cerita-cerita kontroversi. - Bernama

0 Response to "Fara Mendoza berciuman penyanyi baru Zwenstar"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel